Sale!

LAWATAN ISTANA DIRAJA & LAWATAN MALAM ISTIMEWA

128,000 123,000

LAWATAN ISTANA DIRAJA & LAWATAN MALAM ISTIMEWA

Description

Description

LAWATAN ISTANA DIRAJA & LAWATAN MALAM ISTIMEWA

Lawatan mengembara bandaraya Seoul yang tidak mungkin anda akan lupakan! Pakej yang lengkap dengan lawatan ke tempat bersejarah, tradisional dan kemodenan Seoul.
Anda boleh kembali ke zaman lepas disamping berada di zaman kini. Lawatan yang juga akan membawa anda ke tempat yang cantik pada malam hari!

Jadual
(Masa: 13:00~21:00)

Hotel – Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada hari Isnin) – Redpine atau Ginseng Center – Insadong –
Namdaemun Market – Makan Malam – Namsan Hanok Village(Cheonggye Stream pada hari Isnin) – N Seoul Tower –
Seoullo 7017 – DDP(Taman Ros LED) – Dongdaemun atau Hotel

map-icon

Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada hari Isnin)
Istana Changdeok adalah istana DiRaja kedua susulan pembinaan Istana Gyeongbok pada tahun 1405. Ia merupakan istana utama bagi kebanyakan raja pada zaman Joseon dan dipulihara baik sepertimana lima lagi istana DiRaja Joseon. Halaman istana tersebut merangkumi ruang awam, bangunan penginapan keluarga DiRaja dan taman. Dikenali sebagai istana bagi raja-raja untuk bersemayam, dikatakan satu pokok gergasi yang berusia lebih 300 tahun boleh didapati di taman istana tersebut di samping kolam ikan kecil dan kawasan bersiar-siar.

map-icon

Insadong
Insa-dong, terletak di tengah-tengah pusat bandar Seoul, adalah satu tempat di mana anda boleh membeli dan menyaksikan pameran pelbagai barangan tradisional dan hasil kraftangan. Terdapat satu lorong utama di Insa-dong dengan banyak lorong-lorong kecil di kiri kanan lorong utama tersebut yang menempatkan galeria, restoran tradisional dan kafe.
Kafe dan restoran adalah pelengkap terbaik bagi galeria-galeria yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Agak sukar untuk mencarinya tetapi dengan bersiar-siar sambil menyaksikan pelbagai barang tradisional yang dipamerkan sahaja mampu untuk menghiburkan anda. Kedai-kedai di Insa-dong amat terkenal kerana setiap kedai mempunyai ciri keunikan tersendiri.

map-icon

Namdaemun Market
Dibuka pada tahun 1964, Namdaemun Market adalah pasar tradisional terbesar di Korea dengan pelbagai jenis produk berkualiti boleh didapati di sini. Semua produk dijual pada harga yang sangat berpatutan dan anda juga berpeluang untuk memborong barangan-barangan di beberapa kedai di sini.
Hampir semua produk adalah buatan tangan ataupun dihasilkan sendiri oleh syarikat pemilik kedai tersebut. Pasar ini juga dibuka sepanjang malam iaitu pada jam 11 malam sehingga 4 pagi. Atmosfera unik dengan kesibukan para pembeli dan penjual berjual-beli menjadi tarikan utama kepada pelancong asing khususnya ke pasar ini. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian, barangan kaca, barangan dapur, permainan kanak-kanak, barangan memancing, alatan tulis, aksesori, topi, karpet ginseng dan pelbagai lagi hanya di satu tempat, Namdaemun Market.

map-icon

Namsan Hanok Village(Bukchon Hanok Village pada Isnin)
Namsangol Hanok Village dibuka pada tahun 1998 di sebelah utara Gunung Namsan. Perkampungan ini terdapat lima rumah tradisional Korea yang dipulihara, kawasan bersiar-siar, taman tradisional, pentas persembahan seni dan plaza kapsul masa, menjadikannya lokasi pelancongan terbaik untuk pelancong tempatan dan juga asing untuk bersiar-siar. Pelawat akan dapat merasai suasana kehidupan tradisional Korea sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu utama di samping melupakan seketika hiruk-pikuk bandar moden di sekeliling perkampungan tersebut. Taman tradisional yang terdapat di kawasan bersiar-siar di sekitar perkampungan ini mencipta suasana aman dan tenang. Plaza kapsul masa pula dibuka bagi mengingati ulang tahun pembukaan Seoul yang ke-600 pada tahun 1994 dan dijangka akan dibuka semula 400 kemudian iaitu pada tahun 2394.

map-icon

Menara N Seoul
Menara Namsan Seoul adalah menara pelancongan pertama di Korea. Puncak menara tersebut adalah setinggi 480 meter di atas paras laut yang terdiri daripada Gunung Namsan (243m) dan juga menara tersebut (236.7m), menjadikannya salah satu menara tertinggi di Asia.

map-icon

Seoullo 7017
Laluan yang merentasi stesen Keretapi Seoul ini dibina pada tahun 1970 bagi mengatasi masalah trafik yang membelenggu bandaraya Seoul ketika itu. Selama berdekad-dekad, laluan ini menghubungkan kawasan timur dan barat bandar. Satu lebuh raya telah diubah suai menjadi Seoullo 7017 sebagai laluan pejalan kaki dan juga taman awam bagi penduduk setempat. Nama Seoullo 7017 adalah sempena 70 tahun sejak lebuh raya itu pertama kali dibina dan 17 tahun selepas ianya diberi nafas baru. Nombor 17 itu juga merujuk kepada jumlah laluan pejalan kaki yang membentuk Seoullo. Laluan di mana dahulunya kereta memecut laju, kini dijadikan sebagai tempat manusia bersiar-siar.

map-icon

DDP(Taman Ros LED)
Taman Ros LED DDP adalah pameran tetap di sekitar DDP yang akan dinyalakan secara automatik selepas matahari terbenam. Pameran tersebut terletak bersebelahan dengan Yigansumun Exhibition Hall di DDP. Pada awalnya ia hanyalah pameran sementara namun dengan sambutan hangat daripada para pelancong dan pelawat, ianya telah menjadi pameran tetap yang kekal menerangi DDP dan juga pernah menjadi lokasi penggambaran bagi beberapa rancangan TV Korea.

 

Termasuk

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan
  • Tiket
  • Makanan

Terma dan Syarat 

  • Tiada pembatalan, bayaran balik ataupun pindaan yang boleh dibuat.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa lawatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “LAWATAN ISTANA DIRAJA & LAWATAN MALAM ISTIMEWA”