Sale!

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 1

87,000 77,000

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 1

Description

Description

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 1

Lawatan keliling Seoul yang merangkumi konsep kebudayaan, sejarah dan juga shopping! Pakej yang lengkap dan terbaik dari kami hanya untuk anda!

Jadual ** Anda mungkin tidak akan mendapat pelepasan untuk memasuki Presidential Blue House atas alasan keselamatan
(Masa: 09:00~17:30)

Hotel – melalui mercu tanda Seoul City Hall, Plaza Gwanghwamun – Jogyesa(Kuil) – Upacara Pertukaran Pengawal DiRaja Istana – Istana Gyeongbok (Istana Deoksu pada hari Selasa) – The Musium National Folk – melalui Presidential Blue house – Makan Tengahari – Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada hari Isnin) – Redpine atau Ginseng Center –
Insadong – Namdaemun Market – Hotel

map-icon

Jogyesa(Kuil)
Terletak di daerah Jogye dan sebagai salah satu kuil utama di Seoul, Jogyesa adalah pusat bagi agama Buddha di Korea. Kuil ini dibina pada lewat kurun ke-14 semasa zaman pemerintahan Goryeo dan pernah musnah dijilat api tetapi dibina semula di bawah nama Gackhwangsa pada tahun 1910 dengan usaha sami-sami Buddha seperti Han Yong-un dan Lee Hee-gwang. Kuil ini pernah diberi peranan sebagai kuil utama bagi agama Buddha di Korea dan dinamakan semula sebagai Tegosa pada tahun 1936. Pada tahun 1954, upacara penyucian diadakan bagi menghapuskan kesan penjajahan Jepun dan bagi memulihara tradisi agama Buddha di mana terbinanya kuil Jogyesa sebagaimana ianya sekarang.

map-icon

Upacara Pertukaran Pengawal DiRaja Istana
Upacara ini adalah peluang terbaik bagi merasai pengalaman berada dalam adegan tradisional Korea yang mungkin jarang berlaku dalam hidup anda. Ini kerana setiap persembahan pada upacara tersebut dilakonkan sepertimana ianya berlaku pada zaman dahulu, dengan pengawal yang lengkap dengan pakaian DiRaja, membawa senjata dan bermain alat muzik tradisional. Tradisi ini boleh dibandingkan dengan upacara pertukaran pengawal DiRaja di Istana Buckingham. Upacara ini dilangsungkan sebanyak dua kali sehari di hadapan Gwanghwamun, pintu gerbang utama Istana Gyeongbok pada jam 10 pagi dan 2 petang. (kecuali hari Selasa).

map-icon

Istana Gyeongbok (Istana Deoksu pada hari Selasa)
Dibina pada tahun 1395, Istana Gyeongbokgung yang juga digelar sebagai Istana Utara oleh kerana kedudukannya yang jauh di Utara jika dbandingkan dengan istana-istana di sekitarnya seperti Istana Changdeok (Istana Timur) dan Istana Gyeonghui (Istana Barat). Tanpa disangkal, Istana Gyeongbok juga dikatakan sebagai istana yang paling cantik dan juga terbesar di antara 5 istana yang terdapat di Korea.

map-icon

Musium National Folk
Terletak di dalam Istana Gyeongbok, Musium National Folk memiliki ratusan artifak bersejarah yang pernah digunakan oleh orang Korea pada zaman dahulu. Melalui layar yang dipaparkan, pelawat dapat mempelajari tentang cara hidup tempatan dan agrikultur, begitu juga dengan kepercayaan dan budaya di Korea.

map-icon

Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada hari Isnin)
Istana Changdeok adalah istana DiRaja kedua susulan pembinaan Istana Gyeongbok pada tahun 1405. Ia merupakan istana utama bagi kebanyakan raja pada zaman Joseon dan dipulihara baik sepertimana lima lagi istana DiRaja Joseon. Halaman istana tersebut merangkumi ruang awam, bangunan penginapan keluarga DiRaja dan taman. Dikenali sebagai istana bagi raja-raja untuk bersemayam, dikatakan satu pokok gergasi yang berusia lebih 300 tahun boleh didapati di taman istana tersebut di samping kolam ikan kecil dan kawasan bersiar-siar.

map-icon

Insadong
Insa-dong, terletak di tengah-tengah pusat bandar Seoul, adalah satu tempat di mana anda boleh membeli dan menyaksikan pameran pelbagai barangan tradisional dan hasil kraftangan. Terdapat satu lorong utama di Insa-dong dengan banyak lorong-lorong kecil di kiri kanan lorong utama tersebut yang menempatkan galeria, restoran tradisional dan kafe.
Kafe dan restoran adalah pelengkap terbaik bagi galeria-galeria yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Agak sukar untuk mencarinya tetapi dengan bersiar-siar sambil menyaksikan pelbagai barang tradisional yang dipamerkan sahaja mampu untuk menghiburkan anda. Kedai-kedai di Insa-dong amat terkenal kerana setiap kedai mempunyai ciri keunikan tersendiri.

map-icon

Namdaemun Market
Dibuka pada tahun 1964, Namdaemun Market adalah pasar tradisional terbesar di Korea dengan pelbagai jenis produk berkualiti boleh didapati di sini. Semua produk dijual pada harga yang sangat berpatutan dan anda juga berpeluang untuk memborong barangan-barangan di beberapa kedai di sini.
Hampir semua produk adalah buatan tangan ataupun dihasilkan sendiri oleh syarikat pemilik kedai tersebut. Pasar ini juga dibuka sepanjang malam iaitu pada jam 11 malam sehingga 4 pagi. Atmosfera unik dengan kesibukan para pembeli dan penjual berjual-beli menjadi tarikan utama kepada pelancong asing khususnya ke pasar ini. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian, barangan kaca, barangan dapur, permainan kanak-kanak, barangan memancing, alatan tulis, aksesori, topi, karpet ginseng dan pelbagai lagi hanya di satu tempat, Namdaemun Market.

Termasuk

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan
  • Tiket
  • Makanan

Terma dan Syarat 

  • Tiada pembatalan, bayaran balik ataupun pindaan yang boleh dibuat.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa lawatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 1”