Sale!

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 3

99,000 89,000

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 3

Description

Description

[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 3

Lawatan ke tempat-tempat menarik di Seoul yang juga disukai oleh penduduk tempatan!

Jadual ** Anda mungkin tidak akan mendapat pelepasan untuk memasuki Presidential Blue House atas alasan keselamatan
(Masa: 09:00~17:30)

Hotel – melalui mercu tanda Seoul City Hall, Plaza Gwanghwamun – Jogyesa(Kuil) – Upacara Pertukaran Pengawal DiRaja Istana – Istana Gyeongbok (Istana Deoksu pada hari Selasa) – The Musium National Folk – melalui Presidential Blue house – Makan Tengahari – Pasar Gwang Jang – Namsan Hanok Village(Bukchon Hanok Village pada hari Selasa) – Menara N Seoul – Redpine atau Ginseng Center – Hotel

map-icon

Jogyesa(Kuil)
Terletak di daerah Jogye dan sebagai salah satu kuil utama di Seoul, Jogyesa adalah pusat bagi agama Buddha di Korea. Kuil ini dibina pada lewat kurun ke-14 semasa zaman pemerintahan Goryeo dan pernah musnah dijilat api tetapi dibina semula di bawah nama Gackhwangsa pada tahun 1910 dengan usaha sami-sami Buddha seperti Han Yong-un dan Lee Hee-gwang. Kuil ini pernah diberi peranan sebagai kuil utama bagi agama Buddha di Korea dan dinamakan semula sebagai Tegosa pada tahun 1936. Pada tahun 1954, upacara penyucian diadakan bagi menghapuskan kesan penjajahan Jepun dan bagi memulihara tradisi agama Buddha di mana terbinanya kuil Jogyesa sebagaimana ianya sekarang.

map-icon

Upacara Pertukaran Pengawal DiRaja Istana
Upacara ini adalah peluang terbaik bagi merasai pengalaman berada dalam adegan tradisional Korea yang mungkin jarang berlaku dalam hidup anda. Ini kerana setiap persembahan pada upacara tersebut dilakonkan sepertimana ianya berlaku pada zaman dahulu, dengan pengawal yang lengkap dengan pakaian DiRaja, membawa senjata dan bermain alat muzik tradisional. Tradisi ini boleh dibandingkan dengan upacara pertukaran pengawal DiRaja di Istana Buckingham. Upacara ini dilangsungkan sebanyak dua kali sehari di hadapan Gwanghwamun, pintu gerbang utama Istana Gyeongbok pada jam 10 pagi dan 2 petang. (kecuali hari Selasa).

map-icon

Istana Gyeongbok (Istana Deoksu pada hari Selasa)
Dibina pada tahun 1395, Istana Gyeongbokgung yang juga digelar sebagai Istana Utara oleh kerana kedudukannya yang jauh di Utara jika dbandingkan dengan istana-istana di sekitarnya seperti Istana Changdeok (Istana Timur) dan Istana Gyeonghui (Istana Barat). Tanpa disangkal, Istana Gyeongbok juga dikatakan sebagai istana yang paling cantik dan juga terbesar di antara 5 istana yang terdapat di Korea.

map-icon

Musium National Folk
Terletak di dalam Istana Gyeongbok, Musium National Folk memiliki ratusan artifak bersejarah yang pernah digunakan oleh orang Korea pada zaman dahulu. Melalui layar yang dipaparkan, pelawat dapat mempelajari tentang cara hidup tempatan dan agrikultur, begitu juga dengan kepercayaan dan budaya di Korea.

map-icon

Pasar Gwangjang
Pasar Gwangjang adalah salah satu pasar tradisional yang terbesar di Korea yang amat terkenal dengan kain sutera yang berkualiti tinggi, cadar dan selimut serta barangan kraftangan. Kini, penjualan pakaian lama di pasar ini juga menjadi amat popular dalam kalangan generasi muda yang mahukan kelainan dalam berfesyen.

map-icon

Namsan Hanok Village(Bukchon Hanok Village pada Isnin)
Namsangol Hanok Village dibuka pada tahun 1998 di sebelah utara Gunung Namsan. Perkampungan ini terdapat lima rumah tradisional Korea yang dipulihara, kawasan bersiar-siar, taman tradisional, pentas persembahan seni dan plaza kapsul masa, menjadikannya lokasi pelancongan terbaik untuk pelancong tempatan dan juga asing untuk bersiar-siar. Pelawat akan dapat merasai suasana kehidupan tradisional Korea sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu utama di samping melupakan seketika hiruk-pikuk bandar moden di sekeliling perkampungan tersebut. Taman tradisional yang terdapat di kawasan bersiar-siar di sekitar perkampungan ini mencipta suasana aman dan tenang. Plaza kapsul masa pula dibuka bagi mengingati ulang tahun pembukaan Seoul yang ke-600 pada tahun 1994 dan dijangka akan dibuka semula 400 kemudian iaitu pada tahun 2394.

map-icon

Menara N Seoul
Menara Namsan Seoul adalah menara pelancongan pertama di Korea. Puncak menara tersebut adalah setinggi 480 meter di atas paras laut yang terdiri daripada Gunung Namsan (243m) dan juga menara tersebut (236.7m), menjadikannya salah satu menara tertinggi di Asia.

Termasuk

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan
  • Tiket
  • Makanan

Terma dan Syarat 

  • Tiada pembatalan, bayaran balik ataupun pindaan yang boleh dibuat.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa lawatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[SEMUA DALAM SATU] LAWATAN SEPANJANG HARI 3”