Sale!

NAMI ISLAND & PETITE FRANCE

95,000 90,000

NAMI ISLAND & PETITE FRANCE

Description

Description

NAMI ISLAND & PETITE FRANCE

Jika anda ingin melawat tempat yang jarang dilawati oleh rakyat tempatan, Pulau Nami Sudah semestinya menjadi pilihan No 1 anda! Pulau ini amat terkenal dengan penggambaran filem dan drama Korea yang merupakan tarikan utama pulau ini! Anda juga boleh menenangkan fikiran anda dengan menikmati keindahan alam sekitar di pulau ini, tanpa disangkal lagi!

Jadual
(Masa: 09:00~17:00)

Hotel – Pulau Nami – Makan Tengahari(tidak disediakan) – Petite France(Bandar Little Prince) – Redpine atau Ginseng Center – Hotel

map-icon

Pulau Nami 

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon, kira-kira 63 kilometer dari pusat bandar Seoul, juga terkenal dengan laluan yang dijajari barisan pokok. Pulau ini terletak lebih kurang 30 minit dari Chuncheon dan sejam dari Seoul. Memandangkan ianya tidaklah begitu jauh, Pulau Nami sering menjadi destinasi pilihan bagi pasangan dan keluarga-keluarga menghabiskan masa bersama pada hujung minggu.
Salah satu ciri istimewa Pulau Nami adalah tidak ada satupun tiang yang menghubungkan wayar elektrik dan telefon di pulau ini kerana ianya dibina dengan jaluran bawah tanah bagi mengekalkan suasana keindahan semulajadi pulau tersebut. Mempunyai keluasan seluas 553,560 kaki persegi, Pulau Nami ditumbuhi dengan banyak pokok buah berangan.

 

map-icon

Petite France

Ini adalah Petite France, sebuah perkampungan budaya Perancis yang terletak jauh di kawasan luar bandar Korea. Petite France menempatkan perkampungan budaya Perancis dan juga kemudahan latihan belia (Pusat Latihan Belia Goseong) dan juga merangkumi 16 buah bangunan ala Perancis di mana para pengunjung boleh mencuba sendiri hidangan tradisional Perancis di samping mencuba dan merasai perlbagai jenis pengalaman kebudayaan negara Perancis.
Petite France berkonsepkan ‘bunga, bintang dan Putera Kecil’. Perkampungan ini juga menempatkan sebuah dewan khas bagi mengingati penulis novel Le Petit(1943), Saint-Exupery yang juga menjadi ilham kepada nama tempat ini.

Termasuk

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan
  • Tiket

Terma dan Syarat 

  • Tiada pembatalan, bayaran balik ataupun pindaan yang boleh dibuat.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa lawatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “NAMI ISLAND & PETITE FRANCE”