Sale!

TAPAK WARISAN DUNIA & KUBU

99,000 94,000

TAPAK WARISAN DUNIA & KUBU

Description

Description

TAPAK WARISAN DUNIA & KUBU

Korea mempunyai 10 tapak warisan dunia yang disenaraikan oleh UNESCO dan kami akan membawa anda ke 3 tapak daripada senarai tersebut iaitu:
Kubu Hwaseong di Suwon, Istana Changdeok dan Kuil DiRaja Jongmyo di Seoul.
Lawatan sepanjang hari ini akan dipenuhi dengan keindahan dan sejarah.

Jadual ** Hwaseong Trolley mungkin tidak beroperasi pada hari hujan
(Masa: 09:00~17:00)

Hotel – Kubu Hwaseong Suwon – Hwaseong Trolley – Istana Sementara(Hwaseong Haenggung)

– Makan Tengahari – Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada Isnin)

– Kuil DiRaja Jongmyo (Insadong pada Selasa) – Redpine atau Ginseng Center – Hotel

map-icon

Kubu Hwaseong Suwon
Kubu Hwaseong adalah struktur binaan yang agung yang dibina pada lewat zaman Dinasti Joseon (1392-1910) dan merupakan kubu rasmi bagi daerah Suwon-si, Gyeonggi-do. Kubu ini dibina sekitar tahun 1794 sehingga 1796 atas rasa hormat Raja Jeongjo terhadap kedua ibu bapanya dan juga dengan tujuan membuka bandar baru yang mampu menjana ekonomi sendiri. Kubu ini disenaraikan sebagai tapak bersejarah ketiga di Korea pada Januari 1963 dan pada Disember 1997, UNESCO mengiktiraf kubu ini sebagai Tapak Warisan Dunia. Pelbagai persembahan dan acara diadakan hampir setiap hari di sekitar kubu ini dan Pesta Kebudayaan Hwaseong Suwon adalah pesta tahunan yang sering dilangsungkan pada musim luruh.

map-icon

Hwaseong Trolley
Trolley khas buat pelancong ini diinspirasikan daripada kenderaan DiRaja yang pernah diguna oleh Raja Gojong dan palanquin pada zaman Dinasti Joseon.
Laluan: Pintu Yeonmudae – Pintu Hwahongmun  – Pintu Hwaseomun – Gunung Paldalsan – Istana Hwaseong Haenggung – Pasar Tradisional Paldalmun – Musium Suwon Hwaseong – Pintu Yeonmudae 

map-icon

Istana Sementara(Hwaseong Haenggung)
Haenggung adalah istana sementara di mana raja dan keluarga kerabat berselindung ketika peperangan berlaku. Istana Hwaseong Haenggung adalah antara yang terbesar, pernah digunakan oleh Raja Jeongjo (r. 1776-1800). Selain digunakan sebagai tempat persembunyian, Raja Jeongjo juga pernah menggunakan istana tersebut sebagai tempat penyembahan kubur ayahndanya. Istana ini juga merupakan tempat berlangsungnya pesta besar-besaran sempena ulangtahu kelahiran bonda Raja Jeongjo yang ke-60, Hyegyeonggung Hong dan banyak lagi acara lain seperti tempat penyerahan sijil bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan pada suatu masa dahulu. Pada masa kini, istana ini menganjurkan banyak acara kebudayaan dan aktiviti menarik berserta persembahan yang mengagumkan.

map-icon

Istana Changdeok (Bukchon Hanok Village pada hari Isnin)
Istana Changdeok adalah istana DiRaja kedua susulan pembinaan Istana Gyeongbok pada tahun 1405. Ia merupakan istana utama bagi kebanyakan raja pada zaman Joseon dan dipulihara baik sepertimana lima lagi istana DiRaja Joseon. Halaman istana tersebut merangkumi ruang awam, bangunan penginapan keluarga DiRaja dan taman. Dikenali sebagai istana bagi raja-raja untuk bersemayam, dikatakan satu pokok gergasi yang berusia lebih 300 tahun boleh didapati di taman istana tersebut di samping kolam ikan kecil dan kawasan bersiar-siar.

map-icon

Kuil DiRaja Jongmyo(Insadong pada hari Selasa)
Jongmyo adalah kuil DiRaja yang didedikasikan khas untuk upacara menyembahyangkan semua raja dan permaisuri pada zaman Dinasti Joseon. Sebagai tempat suci bagi tujuan beribadah, kuil ini membawa suasana yang kelam dan sunyi, tidak seperti suasana di istana-istana lain. Binaan yang ringkas dan elegan ini dipulihara sebagaimana ianya mula dibina pada abad ke-16.

 

Termasuk

  • Pemandu pelancong
  • Pengangkutan
  • Tiket
  • Makanan

Terma dan Syarat 

  • Tiada pembatalan, bayaran balik ataupun pindaan yang boleh dibuat.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa lawatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAPAK WARISAN DUNIA & KUBU”